Duit untuk BudaK-BudaK

Kawan BudaK-BudaK

Jumaat, 8 April 2011

Asal Usul Kejadian Api Dunia..


Korang tau tak macam mana api kat dunia nie yang Allah ciptakan???
ok nie BudaK-BudaK nak citer sikit Diriwayatkan bahawa Rasullulah pernah menceritakan tentang kejadian api didunia. semasa nabi Adam dihatar ke dunia Allah S.W.T telah memerintahkan malaikat Jibrail supaya ambik sedikit api dari NERAKA untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan nabi Adam. Maka Jibrail pun pergilah kepada Malaikat Penjaga Neraka iaitu malaikat Zabaniah.
nie antara dialog mereka:

kena api sedikit pun dah meraung ni kan pula kena bako!!!!
Jibrail : Wahai Zabaniah, aku diperintahkan oleh Allah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam di sana.

Zabaniah : Baiklah, sebanyak mana SEDIKIT yang kamu mahu tue wahai Jibrail?

Jibrail : Berilah sebesar buah kurma....

Zabaniah : OHH....TIDAK kalau sebesar buah KURMA api neraka itu yang engkau bawa, nescaya akan CAIRLAH TUJUH LAPIS LANGIT DAN BUMI akan kepanasannya.

Jibrail : Kalau begitu berilah aklu separuh daripada buah kurma...

Zabaniah : Kalau separuh dari sebutir buah kurma, maka hujan tidak akan turun walau setitik pun dari langit dan tidak akan ada satu pun tumbuhan yang akan tumbuh di bumi nanti....

maka Jibrail menjadi buntu..lalu menghadap Allah untuk mengetahui sebesar mana api yang perlu dihantar ke dunia. Allah pun memerintahkan Jibrail supaya mengambil hanya sebesar ZARAH yaitu sebesar ATOM yang tidak dapat dilihat oleh mata dari api neraka untuk dibawa ke dunia .....maka Jibrail pun mengabil api tersebut dari malaikat Zabaniah tetapi oleh kerana terlalu PANAS, api neraka sebesar zarah tersebut TERPAKSA DISEJUKKAN DENGAN MENCELUPKANNYA DI DALAM 70 BUAH SUNGAI DI SYURGA dan di setiap sungai tersebut terpaksa DIREMDAM SEBANYAK 70 KALI.

selepas itu barulah malaikat Jibrail membawa api tersebut ke dunia dan meletakkanyan keatas sebuah bukit yang tinggi. selepas itu, tiba2 bukit itu MELELEH  dan MENCAIR. Oleh sebab, bimbang dunia ini ini cair maka Jibrail kembali membawa api tersebut ke neraka. SISA-SISA api itulah yang yang terdapat di dunia pada hari ini wahai kawan-kawan bahkan termasuklah dari GUNUNG BARAPI dan sebagainya.

cuba korang bayangkan api tersebut terpaksa di sejukkan dulu dalam 70 BUAH SUNGAI dan DICELUP sebanyak 70 kali dan sisanya sahaja telah membuatkan manusia tidak tahan dengan kepanasannya...

MACAM MANA PULA API YANG KAT DALAM NERAKA TUE ??
BOLEHKAH AMALAN KITA YANG SEDIKIT INI MENYEUKKAN API DI SANA ??
APATAH LAGI BUKAN AMALAN BAIK YANG KITA LAKUKAN SEBALIKNYA AMALAN KEJI YANG KITA KUMPULKAN ....NAUZUBILLAH....


MADAH BERAPI : MARILAH KITA SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI KITA SETIAP HARI SUPAYA KITA SENTIASA SEDAR DENGAN KESILAPAN YANG KITA LAKUKAN SEHARIAN.

Khamis, 7 April 2011

Sujud dalam solat??? apa kelebihannya??

Assalamualaikum!!!! dah lama rasanyer BudaK-BudaK tak post citer kat blog nie....aduh bukan apa sejak du menjak nie penuh dengan presentation,...ari tue sibuk dengan buat report dan assigment sekarang nie nk present pulak.....tapi tak pe la nak buat macam maner dah namanya pelajar kan kena la tunaikan tanggungjawab sebagai pelajar...jangan ingat nak main jer ( peringatan untuk diri sendiri)...ok lah malas nk membebel panjang tadi BB duk belek-belek buku yang terjumpa kat dalam loker BB yang dah berapa lamer dah tak bukak nie...adalah BB jumpa satu artikel yang berbunyi.....


otak yang Allah kurniakan kepada manusia
Kata seorang doktor kat US nie bukan kat negara islam tau...kat "US" negara yang anti islam..doktor nie dah pun memeluk agama islam dan dalam kajian yang dia buat..dia rasa kagum sangat dengan hasil penyelidikan yang dia buat tue dan dia kata jugak macam tak leh nak terima dek akal pasal keajaiban hasil penyelidikan dia tue. doktor nie ialah doktor neorologi dan semasa dia masuk islam dia yakin dengan perubatan secara islam. memadangkan minatnya yang sangat mendalam dia telah bukak klinik yang bertemakan " Perubatan Melalui Al-Quran".
Bila seseorang nie tanya doktor nie semasa dia tengah buat kajian saraf..doktor nie cakap beberapa urat saraf dalam otak manusia nie darah tak dapat masuk tau padahal setiap inci otak manusia nie memerlukan darah..hhhhrrrmmm cam ner tue....
kajian demi kajian yang doktor nie buat dan akhirnya dia dapati bahawa darah tidak akan masuk urat saraf dalam otak tue melainkan jika seseorang tue sujud...maknanya kita nie sebagai seorang islam patut faham la kan sujud tue ialah semasa kita solat. lagipun urat tue hanya memerlukan beberapa sukatan sahaja. ini bermaksud darah akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan keatas umat islam...
sujud adalah waktu kita paling dekat dengan Allah S.W.T
Nah!!!!!! sebagai seorang manusia yang beragama islam apa yang korang rasa??? bagi BB la, BB rasa betapa agung dan maha bijaksananya Allah S.W.T dalam setiap sesuatu yang diciptakan-Nya..maknanya disini kalau korang tak sembahyang, maka otak korang tak dapat oksigen yang cukupla untuk berfungsi secara normal....renung-renungkanlah yer...


madah berapi : orang bukan islam sekarang nie berebut-rebut nak masuk islam sebab banyak kelebihannya..
tapi orang islam sekarang nie berebut-rebut nak keluar agama....apa ke bodoh punya manusia!!!!!!