Duit untuk BudaK-BudaK

Kawan BudaK-BudaK

Jumaat, 28 Januari 2011

Tips bila korang putus cinta

Cara-cara menenangkan perasaan bila korang putus cinta!!!!!!!!!!!!
                 
Kenapa laaaa sejak kebelakangan nie ak asyik jer post pasai cinta????? Untuk pengetahuan korang kat sekeliling ak sekarang nie ramai sangat insan2 baik yg bergelar lelaki maupun permpuan putus cinta….haduh!!!!! lemoh waser…ak nk nasihatkan diorang ak sendiri pun x penoh bercinta….maner la ak tau perasaan sakitnyer putus cinta..lupakan kisah ak nie…..ak tau bukan mudah untuk melupakan ‘bekas’ kekasih korang nak2 lg ‘bekas’ korang tue cinta pandang pertama korang….tp tujuan ak post tip2 nie sekurang-kurangnya dapat gak meredakan gelora &  kesedihan kat ati korang tue……ok korang layaaannnn erk!!!!!!!!!!




1. Biarkan kesedihan melanda dan Menangislah

Korang  boleh bersedih. Ini lebih baik drpd korang memendam perasaan. Cuba korang try bersikap de’ je dpn dia dan jgn tunjukkan sngat yg korag tue sedih erk!!. Korang brlakonlah dgn sedih takkan ad pengaruhnya pd org lain.kalau boleh korag tumbuk la apa2 je dengan sepenuh perasaan korang asalkan perasaan korang tue kuar sepenuhnya. Kalau korang rasew skit nk tumbuk paper ak cadang kn korang pg la ats bukit ker atau tmpat2 yg bising..bkn nk suruh korang bunuh diri tap ink suruh korang jerit sepuas hati korang..luahakan sepenuhnya kpd alam. Kalau perlu, korang mengamukdan sambunglah dengan cucuran air mata sambil menangisi kejamnya perbuatanumat manusia.

2.Luahkan  mengenai kesedihan kamu
                                      
Luahkanlah pada teman baik yg korang betul2 percaya @ yg labih penting kpd keluarga. Kalau korang rasaw tak de’ sorang pun yg faham perasaan korang, maknanya korang telah mmbuat kesalahan yg besar. Semua org pernah mengalami trauma putus cinta, jadi kita semua faham dan ingin melupakannya kisah pahit tersebut. Tapi jangan keluarkan  perasaan korang pada semua orang yang korang  temu kerana mungkin akn membawa padah pd korang.

3. jangan risau gakkk!!!

Jika bekas korang tue berlagak dapat melupakan korang dgn sendirinya, jangan risau. Korang juga boleh mngambil waktu lebih lama untuk mengakui dengan terus terang mengenai perasaan korang yg korang telah dpt melupainya. Cepat atau lambat semuanya bergantung pd korang untk trus kuat melawan perasaan kecewa tue..

4. jauhkan diri dari ‘bekas’ kekasih korang

kalau itu dapat buat korang rasa lega…..sbb korang juga sedikit sebanyak dapat melupakannya

5. Baca Buku atau Majalah

Susahnya kalau kehilangan kekasih adalah hilangnya seseorang untuk bermanja, berkasih-sayang dan macam2 lg la...baca buku sblm tido pasti akn membuat korang cpt rasa mngantuk dan trus trtidoo tnpa brfikir pasai dia…

6. menikmatilah  suasana persekitaran korang
Korang buat lah pape yg patut seperti bersukan, shooping, DOTA, dan enjoy dgn kengkawan korang….ak sure dgn sendirinya korang akn lupakan dia yg tak guna tue…hahaha
7. potong  rambut sebagai simbolik kpd permulaan
   Tak kira la laki ke pompuan ker!!!! Cuba gakkk ubah stail rambut korang tue dan ubah la gaya pemakaian korang tue mner la tau kot2 dpt pngganti akn Datuk ker….korang jugakk yg untung….

8. Berfikiran  Positive
Yakinkan diri korang kalau kejadian itu memang harus terjadi. Percaya padakemampuan diri sendiri, itulah cara untuk menyembuhkan perasaan korang yg dh hancur tue. Serlahkan lah kegembiraandan jgnlah selalu fikirkan yg korang akn sehudup semati bersama... Putus cinta memang menyakitkan, tetapi tidak separah perceraian dan cuba korang buat 2 senarai yg dimana pada satu senarai, catatlah apa yang buat korang tdk bahagiadalam hubungan korang bila dgn dia.  Kemudian, pada senarai satu lagi, tuliskan apa yang korang harapkan dari sebuah hubungan yg korang jalinkan. Guna dan hayatilah kedua daftar itu untuk membantu menghilangkan perasaan negatif korang, yaitu adanya perasaan ditolak oleh si dia.
 ImageShack, share photos of broken heart, broken heart quotes, emo broken heart, broken heart emo, share pictures of broken heart, broken heart quotes, emo broken heart, broken heart emo, share video of broken heart, broken heart quotes, emo broken heart, broken heart emo, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting.
9. Dengar
jika bestfriends korang membebel kekurangan-kekurangan “bekas” korang dan diorang membantu korang untuk memandang dia lebih realistik. Tetapi jangan teruskan perbincangan yang bersifat ‘penuh kebencian’.

10. change your life
barang-barang yg diberikan oleh dia di tempat tinggal korang yang mengingatkan korang padanya. Kalau tinggal berdekatan pindahlah sementara waktu kalau perlu. buang foto-fotonya. Berhenti mendengarkan lagu-lagu yang pernah korang suka. Ciptakan suasana baru dengan membeli CD baru yang tak de’ hubungan dgn kenangan masa lalu.

11. melawan rasa takut! siapa takut
Putus secara mendadak seperti dipaksa mengubah kebiasaan dengan tiba-tiba.
Biarpun tdk tkut takut menghadapinya sndiri tlh  mendapat pengalaman baruakibat perubahan itu yg akn membuat kamu lebih matang untk mnjadi seorg yg lbih dewasa..
Satu benda yg ak nak korang tau….Allah takkan uji hambanya diluar batasan kemampuannya….dan Allah juga nk beri korang pasangan yg lebih baik drpd yg dulu….tu je drpd ak,,,,,,,,,

Khamis, 27 Januari 2011

satu cerita di sebalik satu pengajaran.............

!! pEDOmAn bUAt temAn - temAn !!


Nie ak ad satu cerita yg nk ak kongsikan dengan semua org……



seekor brung telah jatuh cinta dgn mawar putih,
suatu hari burung melamar mawar putih,
mawar putih bercakap bila dirinya bertukar warna,
menjadi merah baru dia menerima burung itu,
burung pun terus menlukakan badannya,
dan kenakan darah pada mawar putih,
mawar putih bertukar menjadi merah,
dan telah jatuh cinta kepada burung itu,
tapi sayangnya burung itu sudah tiada lagi,
kerna luka yang parah,
inilah kasih sayng,
kita kerna hargai orang yang sayangi kita,
sebelum dia pergi untuk selamanya

moral of the story:-
Kadang2 kite x sedar orang yg kite x peduli
sayang giler kat kite,
kadang2 kita x sedar,
kite terlampau syng kat orang,
sedangkan dia selalu sakitkan hati kite,
dan kite x pernah sedar kite bukannya sempurna,
untuk mendapatkan orang yang sangat sempurna dalam hidup kita
dan kita bukannya sapa2,
untuk buat orang menyayangi kite,
macam kite sayang kat dia,
sbd kita cuma manusia biasa,
yg masih penuh dgn kekufuran......................

7 ayat yg org laki nk dengar sangat dari mulut wanita yg dicintainya!!!!!!!!!!

ORANG kata, lelaki macho besanya tak mahu atau lebih tepat, tak suka dengar kata2 brunsurkan klise dilafazkan di telinga. Satu lagi kategori jejaka iaitu lelaki berhati keras termasuk dari jenis lurus bendul, persepsi umum yang boleh dikaitkan dengan mereka ialah kumpulan lelaki ini ini tidak suka mendengar rintihan atau perkara remeh-temeh dalam hubungan sosial atau peribadi.
tapi, tu semua adalah persepsi. Realitinya, tak semua lelaki bersifat begitu. Ada lelaki macho (definisi macho itu sendiri pun mungkin subjektif) yang berjiwa penyayang dan romantis. Ada juga lelaki yang secara fizikalnya bengis dan garang, rupa-rupanya tersimpan perasaan belas dalam diri( dalam hati ada taman), sukakan kelembutan dan belaian jiwa seorang wanita.
korang nk tau tak dalam dunia lelaki nie ada 7 benda yg diorang nk dngr dlm mase 24 jam. sekaligus benda nie bleh tingkatkan semangat diorang.....

nie ak ad sediakan ayat2 tue cuba korang try mner la tau kot2 boleh erat kan hubungan korang dgn bf korang.......
layannn jerrrrr..............

1. Wow, anda nampak hebat! 

Tahukah korang lelaki sebenarnya ada masalah keyakinan diri atau insecurities? Kadang-kadang, ketika diorang menyarung pakaian atau memakai kemeja baru berjenama mahal, diorang masih tertanya-tanya apakah ia memberi impak atau menambah tarikan diri?(hiiiiiihhhhhhh susah no dpt laki cam nie)  Lelaki suka dengar kata-kata seperti ‘wow, kacaknya kamu hari ini’ atau ‘kemeja berpetak ini sangat sesuai dengan kamu.’ Tidak percaya? Cuba lafazkan dan perhatikan reaksi si dia ak mmg kompem r kembang punyer!!!!!!!!!!! 

2. Aduh, saya suka bahagian tubuh mu yang ini... 

Jangan segan, diorang sebenarnya suka jika didatangi wanita yang memuji bahagian tertentu pada tubuhnya seperti, ‘wow, sasanya bahu anda’ atau ‘saya suka ketinggian kamu’. Mengapa tidak? Jika bukan mahu dipuji, takkanlah jejaka sanggup menghabiskan berjam-jam sehari di gymnasium atau bersukan demi mendapatkan tubuh badan idaman dara?aaaaoooooowwwwwwww so swwweeeeettttttt!!!!!!!! 

3. Saya suka bila kamu... 

Satu lagi kenyataan yang mampu menjadikan diorang teruja. korang tambahlah kenyataan ini mengikut kesesuaian situasi atau perlakuan diorang. ‘Aduh, saya suka bila kamu menyanyi’ atau ‘manisnya kamu bila kamu merendah diri’.  diorang pasti lebih menghargai diri anda( pandai2 la cari makan, nk hdup kan). Kenyataan ini juga boleh membuatkan diaorang mengorak langkah pertama jika jejaka malu-malu untuk memulakannya.( eh2 malu2 kucing pulakkkkk) 

4. Hey, gadis itu sedang mengurat kamulah...(entah jgn r buat do no  jer) 

Kenyataan ini pasti membantu semangat dan keyakinan diri diorang.  Ia juga memberi isyarat kepadanya bahawa korang nie seorang pemerhati dan tidak bimbang untuk menyuarakannya kepada diorang. Mana tahu, tumpuan mungkin beralih kepada korang yerr!!!!! 

5. Kamu betul!!!! 

Ini sangat klise dalam dunia diorang. diorang sering mahu dianggap betul dan mengambil tindakan tepat. diorang cenderung berfikir bahawa dirinya mempunyai banyak kelebihan dan mahu diangkat sebagai ketua. Tetapi, jika benar diorang itu betul, katakan saja kepadanya bahawa tindakannya itu tepat. Tidak salah bukan? 

6. Boleh kamu bantu saya? 

Korang kena Ingat, diorang setiap masa mahu membuktikan kejantanannya. Mintalah bantuan dari diorang setiap masa – kalau korang nak diorang menampal bumbung rumah atau menukar tayar kereta? Carilah mana-mana lelaki dan mereka akan datang membantu
 
7. Kamu tidak akan jadi botak... 

Tahukah anda menjadi botak adalah ketakutan majoriti lelaki? Cara untuk mengumpan diorang yang mungkin menampakkan tanda-tanda berubah menjadi botak ialah menyatakan dia tidak akan mencapai tahap itu atau nyatakan bahawa botak itu sebenarnya seksi…..

Amalkan yerrrr mner la tau kot2 korang semakin mesra dgn teman korang2!!!!

Rabu, 26 Januari 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

haaiiiisss.....nk ketawa jugak la bila ak duk terbaca kat dlm facebook nie tiap2 ari kengkawan ak tu post kat diaorang punya status pasal cinta diorang...ad yang suka n ad yang berduka..sorang kawan baik ak nie yg tngah study kat utara sana tue tiap2 ari duk post pasai kecewa bercinta,....kengkadang tue terlebih happy pun ad gak..susah la nk baca perasaan orang nie....kawan ak yang ak knal mlalui fb nie lagi la nakal citernya....apakan tidaknya tiap2 ari duk menghitung dh berapa ari dia clash dgn gf dia....ak ni mula la nk berlagak jd kaunselor..mula la nk berjinak2 nk menasihatkan si dua orang nie.....pape pun ak sndiri tak tau pasai cinta nie sbb ak sendiri pun tak penah dilamun cinta.....tapi disini ak nak kongsikan la sedikit sebanyak pasai tip2 dh mmg sah sidia tue kepunyaan kita......layaaaaannnn jeeerrrrrr


1. Bersahaja
pastikan pasangan korang tue brshaja dan bukan 'drama king'. Cuba korang tengok cara dia berpakaian, bercakap,ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau terang-terang nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, korang dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup korang yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh korang.
2. Senang Bersama
even korang sentiasa bersama, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri korang. Semakin hari semakin korang sayang kepadanya. Korang sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan korang. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima Korang Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah korang lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini korang yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa korang sebelum ini. Yang penting, siapa korang sekarang. Biarpun dia tahu yang korang pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, korang adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup korang.
4. Sentiasa Jujur
ini element yg paling penting bila korang brcinta.korang mestilah sentisa jijur antara satu sama lain. sentiasa berterus terang dan tidaklah terlalu mengongkong diantara satusama lain selagi benda tue tidak menyalahi hukum agama Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik korang.  contohnya apabila korang berjauhan kejujuran itu penting sangat2...
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. kengkadang rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. bagi korang yg sedang hangat bercouple, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani korang. si dia akan berasa selamat bila meluahkan rahsianya kpd korang. Satu lagi, korang tidak berahsia apa pun pd sidia dan korang pasti rahsia korang selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah korang  yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
korang kenalah sentiasa berkerjasama dalam setiap hal. Korang dan si dia mestilah berkerjasama kalau busat sesuatu sesuatu perkara samada susah @ senang dan satu perkara yang penting korang hndaklah iklas dan jgn buat secara paksa. bukankah lebih manis kalau korang berkerjasama.
7. Memahami Diri Kita
korang mestilah memahami  perangai pasangan korang tue. contohnya bila korang sakit si dia bawa ke klinik. Semasa korang berduka, dia menjadi penghibur. bila korang  susah, dia menjadi pembantu. hah ni part yg pling ak suka. bila korang berleter berleter, dia sudi jd pendengar(biar la dlm ati rsew mcm nk tumbuk pun). bila korang sanggup bersama, maka itulah calon yg paling sesuai untuk korang
8. Tampilkan Kelemahan
ini ayat yg paling ak suka "Tiada siapa yang sempurna di dunia ini". setiap org ad kelemahan dan kburukan dia msing2. bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasih. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang korang daripada melawatnya. Apabila korang dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan korang hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga korang saling tahu perasaan masing-masing. Korang dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk korang? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.





10. Solat Istikharah dan Tawakkal
hah!!! ini lah tip yg ak tggu2.....Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya merancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila korang melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, Insya-Allah dengan izinnya korang mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan korang, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang korang lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Sampai disini sajalah tip aku untuk kengkawan yg sedang mencari @ dh pun brcinta.....ni hanyalah untk panduan saja nk ikut atau tak terpulanglah pd korang......wasalammmmmmm

Selasa, 25 Januari 2011

Nak balik kampung

salam...lamer nya ak dh tak post ape2 kat blog nie. bukan nk myepi trus cuma tak de idea je nk mnaip sebenonye(mlas). pape pun ak cuma nak g tau jer tinggal 2-3 ari je lg ak duk kat UTHM nie trutamanya kat tsn nie..mesti korang tertanya-tanya mner ak nk pgi kan?? sebenonya ak nk blik kg dh lmer sngat ak tinggal kan ayam, itik, kerbau dan segala benda lagi la kat kg ak tue tambah pulak macam2 projek lg yang belum ak siap kan kat kg tue ak nie terlebih over plak drpd budak2 cina yang nk blik raya ngan kuarga diorang..serius ak tulis ad dh antra kwan2 ak yang blik awal dr bdak2 cina...hishhh ap la over semacam....sebenonya tue sampingan jer...aku rindu sngat kat kuarga ak...lamer dh ak x tgok keadaan mereka. serius ak tulis mmg dah lmer ak x brckp dgn kedua ibu dan ayah ak. mesti org kata ak nie jhat!!!!!!!!

ye la mmg salah ak pun x call mereka tue..nk buat camner kalau ak dgar je suara mak ak, air mata nie dh mulalaa nak kuar (nie mesti kes ank manja). bukan manja la tapi cayang mak tue namanya...walau pape pun dalam masa sminggu nie ak takkan sia-siakan masa ak bersama dgn kuarga ak....korang hayati er lirik lagu kat bawah nie er..bila ak dgr lagu nie ak tringat kat mak n ayah ak....cedih pun ad gmbira pun ad..... 
Keluarga Bahagia 

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu
..

Ahad, 9 Januari 2011

Berdosa Pamer Jenama "Haram"


Kat Malaysia nie ramai sangat peminat bola sepak sama ada minat bola tempatan ataupun luar Negara. Oleh sebab, minat yg bleh dikatakan sampai tahap gaban ramai yang sanggup beli macam2 jersi pasukan yang mereka suka. Tapi yang sedih nyer diorang nie pakai beli jer dan pakai pakai redah jer tanpa menghiraukan sama ada baju tu halal ke haram. Nie  aku Cuma nak kongsikan sedikit sebanyak info tentang jersi2 yang korang beli tue. Bukan apa Cuma aku tengok ramai sangat peminat2 bola ni buat2 buta semata2 nak pakai jersi pasukan kegemaran korang yang melambangkan logo salib atau gambar syaitan.

Yang lagi menyedihkan ada juga segelintir manusia yang kata, pemakaian jersi yang memaparkan lambang atau logo syaitan atau berbentuk salib adalah dibolehkan, cuma tidak boleh mengagungkan lambang berkenaan. 
Ye ke statement kat atas tue, perlu diketahui jugak bahawa pemakaian atau penggunaan lambang berbentuk syaitan atau yang memaparkan imej salib memang tidak dibolehkan bagi seorang Muslim. 

Ini kerana, seseorang yang beragama Islam tidak dibenar mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam.
 

Dalil larangan ini juga mudah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “...dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat seksaan-Nya.” (Al-Maidah, 2)
 

Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan memberi apa juga bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal-ehwal yang bertentangan dengan akidah dan hukum Islam.
 

Ini dinyatakan olehnya dalam hadis riwayat Muslim dan Ibn Majah yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit.”
 

Dalam isu pemakaian pakaian atau jersi pasukan bola sepak yang diminati, korang perlu mengetahui dan meneliti lambang serta logo yang tertera adakah ia memang dizahirkan oleh pihak pasukan itu sebagai lambang salib atau bukan.
 

Jika ia bukan lambang salib tetapi dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri yang membayangkannya, tiada masalah untuk mengguna serta memakainya.
 

Menyentuh mengenai minat terhadap bola sepak, sudah diketahui memang ramai antara kita meminati pasukan Manchester United hinggakan bukan saja sanggup memakai pakaian pasukan mereka, sebaliknya kerana minat juga, mereka mengagungkan logo pasukan itu dengan menampalnya di cermin kereta dan sebagainya
ni hah logo MU yg ad "Red Devil" @ "Syaitan Merah" yg korang agung2kn sngat tue

.
                                                                           
Realitinya, Manchester United memang menggunakan lambang yang sinonim dengan bentuk syaitan sebagaimana lambang itu dikenali sebagai ‘Red Devil’ atau syaitan merah yang merujuk kepada pasukan berkenaan.
 

Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk syaitan sebenarnya, namun apabila manusia membuat imaginasi tersendiri mengenai bentuk syaitan, menamakannya sebagai ‘devil’ dan diterima umum sebagai satu lambang yang menjadi kemegahan, tatkala itu lambang ‘Red Devil’ yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam kategori tidak dibolehkan.
 

Logo ini memang tidak boleh digunakan, diiklankan atau disiarkan oleh seseorang Muslim sama ada untuk ditampal di dinding mahupun digunakan pada pakaian.
 

Justeru, apa-apa logo jika diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan dan dihiasi amalan dan perbuatan yang menyanjung kejahatan atau syaitan, ia haram digunakan.
 

Bagaimanapun, jika imej syaitan lebih membawa kepada hal bola sepak dan bukan lambang kepada perlakuan jahat dan maksiat, tatkala itu ia masih boleh digunakan. 

Begitu juga jika ada individu tertentu berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya daripada mengakui ia sebuah lambang syaitan dan kekal berasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau sepertinya, tatkala itu boleh dan diharuskan baginya untuk memakainya.
 

Namun, perlu diberi perhatian, jika lambang itu boleh menimbulkan fitnah di kalangan individu lain yang melihatnya hinggakan pemakainya dianggap menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum ‘harus’ itu akan berubah kepada ‘makruh’.
 

Dalam hal penggunaan lambang atau logo ‘Red Devil’, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat.
 

Cara terbaik, sudah tentulah menjauhinya kerana ia mampu mewujudkan rasa ‘syubhah’.
 

Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah SWT tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya
jangan terkejut logo nie ada link dgn Freemason

. 

Jika berminat sekalipun, cukup setakat menyokong pasukan itu dalam perlawanan mereka tanpa perlu membabitkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi serta barang berserta logo sedemikian.
 

Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg, adalah muktamad hukumnya haram menurut hukum Islam berdasarkan dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah
antara dosa2 besar ialah golongan penjual, peminum, pembekal, pempromosi arak..
. 

Pengharaman juga adalah muktamad bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank konvensional yang menawarkan produk riba.
 

Jadi, kenyataan ini menjelaskan apabila seseorang itu menjadikan ia perhiasan sama ada di rumah atau pakaian untuk dipertontonkan, ia sebenarnya satu cara serta bentuk pengagungan terhadap lambang itu.
 

Maka, hukum memakai baju yang memaparkan lambang salib secara jelas dan berlogo apa-apa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan.
 

Manakala hukum memakai pakaian yang berlogo Red Devil adalah di antara harus dan makruh sebagaimana dinyatakan tadi.
 

Namun, jika ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram dan serta-merta tidak boleh dipakai Umat Islam. Ada fahammmm…….

Selasa, 4 Januari 2011

Syukur

Alhamdulillah.....
segala puji hanya kepada Allah S.W.T yang masih lagi memberikan diri ini peluang untuk menghirup sedikit nikmat udara yang belum tentu lagi dapat aku hirup untuk hari esok..
Aku sangat bersyukur dengan segala nikmat yang tidak putus-putus dicurahkan kepada ku setiap hari....
Aku sedar Ya Allah.....diriku ini banyak melakukan kesilapan kepadaMu. Namun aku akan sentiasa mencuba untuk memperbaiki diriku ini dengan harapan dapat menebus kembali dosa-dosa silamku. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku sesungguhnya aku hanyalah insan yang sangat kerdil di bumi Mu ini....sungguh aku menyesal dengan segala perbuatan yang aku lakukan. Ampunkanlah hambaMu ini Ya Allah.........

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
 
esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud
pada-MU...........