Duit untuk BudaK-BudaK

Kawan BudaK-BudaK

Jumaat, 8 April 2011

Asal Usul Kejadian Api Dunia..


Korang tau tak macam mana api kat dunia nie yang Allah ciptakan???
ok nie BudaK-BudaK nak citer sikit Diriwayatkan bahawa Rasullulah pernah menceritakan tentang kejadian api didunia. semasa nabi Adam dihatar ke dunia Allah S.W.T telah memerintahkan malaikat Jibrail supaya ambik sedikit api dari NERAKA untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan nabi Adam. Maka Jibrail pun pergilah kepada Malaikat Penjaga Neraka iaitu malaikat Zabaniah.
nie antara dialog mereka:

kena api sedikit pun dah meraung ni kan pula kena bako!!!!
Jibrail : Wahai Zabaniah, aku diperintahkan oleh Allah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam di sana.

Zabaniah : Baiklah, sebanyak mana SEDIKIT yang kamu mahu tue wahai Jibrail?

Jibrail : Berilah sebesar buah kurma....

Zabaniah : OHH....TIDAK kalau sebesar buah KURMA api neraka itu yang engkau bawa, nescaya akan CAIRLAH TUJUH LAPIS LANGIT DAN BUMI akan kepanasannya.

Jibrail : Kalau begitu berilah aklu separuh daripada buah kurma...

Zabaniah : Kalau separuh dari sebutir buah kurma, maka hujan tidak akan turun walau setitik pun dari langit dan tidak akan ada satu pun tumbuhan yang akan tumbuh di bumi nanti....

maka Jibrail menjadi buntu..lalu menghadap Allah untuk mengetahui sebesar mana api yang perlu dihantar ke dunia. Allah pun memerintahkan Jibrail supaya mengambil hanya sebesar ZARAH yaitu sebesar ATOM yang tidak dapat dilihat oleh mata dari api neraka untuk dibawa ke dunia .....maka Jibrail pun mengabil api tersebut dari malaikat Zabaniah tetapi oleh kerana terlalu PANAS, api neraka sebesar zarah tersebut TERPAKSA DISEJUKKAN DENGAN MENCELUPKANNYA DI DALAM 70 BUAH SUNGAI DI SYURGA dan di setiap sungai tersebut terpaksa DIREMDAM SEBANYAK 70 KALI.

selepas itu barulah malaikat Jibrail membawa api tersebut ke dunia dan meletakkanyan keatas sebuah bukit yang tinggi. selepas itu, tiba2 bukit itu MELELEH  dan MENCAIR. Oleh sebab, bimbang dunia ini ini cair maka Jibrail kembali membawa api tersebut ke neraka. SISA-SISA api itulah yang yang terdapat di dunia pada hari ini wahai kawan-kawan bahkan termasuklah dari GUNUNG BARAPI dan sebagainya.

cuba korang bayangkan api tersebut terpaksa di sejukkan dulu dalam 70 BUAH SUNGAI dan DICELUP sebanyak 70 kali dan sisanya sahaja telah membuatkan manusia tidak tahan dengan kepanasannya...

MACAM MANA PULA API YANG KAT DALAM NERAKA TUE ??
BOLEHKAH AMALAN KITA YANG SEDIKIT INI MENYEUKKAN API DI SANA ??
APATAH LAGI BUKAN AMALAN BAIK YANG KITA LAKUKAN SEBALIKNYA AMALAN KEJI YANG KITA KUMPULKAN ....NAUZUBILLAH....


MADAH BERAPI : MARILAH KITA SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI KITA SETIAP HARI SUPAYA KITA SENTIASA SEDAR DENGAN KESILAPAN YANG KITA LAKUKAN SEHARIAN.

Khamis, 7 April 2011

Sujud dalam solat??? apa kelebihannya??

Assalamualaikum!!!! dah lama rasanyer BudaK-BudaK tak post citer kat blog nie....aduh bukan apa sejak du menjak nie penuh dengan presentation,...ari tue sibuk dengan buat report dan assigment sekarang nie nk present pulak.....tapi tak pe la nak buat macam maner dah namanya pelajar kan kena la tunaikan tanggungjawab sebagai pelajar...jangan ingat nak main jer ( peringatan untuk diri sendiri)...ok lah malas nk membebel panjang tadi BB duk belek-belek buku yang terjumpa kat dalam loker BB yang dah berapa lamer dah tak bukak nie...adalah BB jumpa satu artikel yang berbunyi.....


otak yang Allah kurniakan kepada manusia
Kata seorang doktor kat US nie bukan kat negara islam tau...kat "US" negara yang anti islam..doktor nie dah pun memeluk agama islam dan dalam kajian yang dia buat..dia rasa kagum sangat dengan hasil penyelidikan yang dia buat tue dan dia kata jugak macam tak leh nak terima dek akal pasal keajaiban hasil penyelidikan dia tue. doktor nie ialah doktor neorologi dan semasa dia masuk islam dia yakin dengan perubatan secara islam. memadangkan minatnya yang sangat mendalam dia telah bukak klinik yang bertemakan " Perubatan Melalui Al-Quran".
Bila seseorang nie tanya doktor nie semasa dia tengah buat kajian saraf..doktor nie cakap beberapa urat saraf dalam otak manusia nie darah tak dapat masuk tau padahal setiap inci otak manusia nie memerlukan darah..hhhhrrrmmm cam ner tue....
kajian demi kajian yang doktor nie buat dan akhirnya dia dapati bahawa darah tidak akan masuk urat saraf dalam otak tue melainkan jika seseorang tue sujud...maknanya kita nie sebagai seorang islam patut faham la kan sujud tue ialah semasa kita solat. lagipun urat tue hanya memerlukan beberapa sukatan sahaja. ini bermaksud darah akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan keatas umat islam...
sujud adalah waktu kita paling dekat dengan Allah S.W.T
Nah!!!!!! sebagai seorang manusia yang beragama islam apa yang korang rasa??? bagi BB la, BB rasa betapa agung dan maha bijaksananya Allah S.W.T dalam setiap sesuatu yang diciptakan-Nya..maknanya disini kalau korang tak sembahyang, maka otak korang tak dapat oksigen yang cukupla untuk berfungsi secara normal....renung-renungkanlah yer...


madah berapi : orang bukan islam sekarang nie berebut-rebut nak masuk islam sebab banyak kelebihannya..
tapi orang islam sekarang nie berebut-rebut nak keluar agama....apa ke bodoh punya manusia!!!!!!

Sabtu, 26 Mac 2011

Earth Hour 2011

Marilah Kita Selamatkan Bumi Kita


Assalamualaikum....hari nie BudaK-BudaK nak citer cikit pasal 26 Mac 2011 yang sangat bersejarah dan boleh dikatan ditunggu-tunggu oleh para pencinta alam sekitar....Hari nie merupakan sambutan tahunan untuk EARTH HOUR bagi penduduk dunia. Nie BB nak citer la sedikit pada korang pasal sejarah penubuhan Earth Hour erk...
 
Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007, dan mendapat sokongan dunia pada 2008.
Earth Hour berikutnya akan diadakan pada hari Sabtu, 27 Mac 2010 jam 8:30 malam, waktu tempatan iaitu pada malam ini. BB harap korang semua dapat menyertainya erk.

BB dengar citer banyak jugak stesen tv dan radio yang akan menghentikan siaran meraka semasa berlangsungnya acara nie antaranya MediaPrima la yang mempuat liputan meluas...nie BB tunjukkan antara Syarikat2 koprat yang menyertai Earth Hour...

BB rasa kagum sangat ialah laman Web Youtube....cuba korang pegi dekat mana2 enjin carian korang tak kira la Google ker, Yahoo ker asalkan dapat mencari erk..pastue korang masuk kat youtube dan cari Earth Hour 2011.. korang akan dapat seperti dalam gambar kat bawah nie erk...





 .
korang nampakkan dekat logo youtube tue ada gambar mentol pastue korang tengok kat bawak dia ada tulis Earth Hour kan?? pastue korang tgokk kat sebelah dia ada gambar suis tue pastue korang tekan la suis tue erk...lepas korang tekan gambar suis tue korang akan nampak back ground youtube nie akna bertukar jadi cam nie..........



korang tengokk website youtube pun menunjukkan sokongan terhadap kempen ini. oleh itu marilah kita sama2 menyokong kempen ini dengan penuh bersemangat (cewah macam ahli politik plak)
nie hah sedikit gambar bandar2 bandar besar kat seluruh negara yang menyokong Earth Hour untuk tahun yang lepas2...


menara KLCC, AMBANK & Menara KL
Sydney Opera House
Jambatan Harbour di Sydney
Menara 101 di Taiwan
Menara Eiffel di Paris, Prancis pun ditutup lampunya

bangunan Parlimen di London


BB menyeru pada semua pembaca2 semua marilah kita menyahut seruan dunia hanya selama 1 jam sahaja kita tutup apa2 yang patut kalau korang berat sangat nak tutup barang2 elektrik korang just tutup lampu pun dah menunjukkan bahawa kita nie menghargai anugerah ciptaan Allah. kalau korang sayangkan bumi ini marilah kita bersatu mangurangkan pembaziran tenaga yang telah kita bazirkan selama ini ( cewah tetiba plak ).malam nie kat UTHM pun akan menyahut seruan dunia untuk tutup lampu selama 1 jam...BB harapkan seluruh warga UTHM dapat menyahutnya juga terutamanya kepada penghuni kolej2 kediaman.

madah berapi : kalau hanya rakyat saja yang beria2 manyahut seruan Earth Hour tak guna jugakk kalau para pemimpin terutamanya kuasa2 besar dunia tak nakk berubah.

Khamis, 24 Mac 2011

Akhirnya !!!!!!!!!!

Assalamualaikum!!!!!! akhirnya siap jugak "brick wall" yang dibina oleh geng BudaK-BudaK..
setelah 3 minggu bertungkus-lumus bergelumang dengan mortar dan batu bata akhirnya siap jugak..
aduh sampai berpeluh basah sehelai baju masa duk plaster tadi. tapi paper pun BudaK-BudaK gagahkan jua kudrat ini untuk menyiapkan projek ini. Masa tengah buat tadi teringat plak kat bapak BB kat kampung tue..
gini lah kerjanya tiap2 hari..BB buat projek nie bawah bumbung pun dah terasa panas dan berpeluh sampai lutut
apatah lagi bapak BB yang kerja bawah sinaran terik panas mentari...nasib baik la dapat BB control air mata nie...
kalau tak dah menangis dah..BB tak leh r kalau citer bab2 mak dengan bapak nie mula r rasa sensitif nak menangis...tapi paper pun geng BB td memang best dalam menyiapkan tugasan kami...thanks pada you all yang selama 3 minggu bersungguh-sungguh menyiapkan tembok tadi erk...semoga dilain hari dan ketika boleh r kita berkerjasama lagi yer.....
ye cik yah, cik bedah sebelum kita nak buat plaster tue
 kita kena lah blender dulu mortar nie..
yer cik minah!! kita kena letak air sedikit demi sedikit...angor2 je la...
kata chef Faiz....
                   
nie proses untuk meratakan tembok tue...
nie lah ahli kumpulan BB..
yang bertungkus-lumus dalam menyiapkan projek perumahan kitaorang
nie nak buat kerja ker nak bergambar???
kata si baju oren
akhirnya!!!!! siap jugak kami punya brick wall
kalau bab bergambar semua suka....
biarlah sepenat maner pun...senyum paksa
hah!!!! nie lah group BB
dari kiri John, Dauz, Syafiq, Fahmin, Azman, Kelly, Eva (leader)

sampai disini saje lah untuk sem 1 nie projek kita orang...kalau panjang umo dan murah rezeki akan kita buat lagi projek binaan bersama2 sma erk.....u allzz the best!!!!

madah berapi : walaupun tak minat buat kerja2 cam g nie tapi BB terpaksa gagahkan jua hati nie ubtuk menyiapkannya...

Sabtu, 19 Mac 2011

UTHM vs PKB

Hah!!!!!!! assalamualaikum semua....
nie BudaK-BudaK nak citer cikit sal tajuk yang kat atas nun......
sebenarnya UTHM vs PKB tue bukanlah pasal gusti ke?? bola jaring ke?? tapi sukan yang paling ramai peminat kat dunia nie....jeng jeng jeng sukan nya ialah BOLA SEPAK!!!!!!!!!
petang tadi BB adalah dengan 2 kawan BB nie pegi tengok bola kat stadium UTHM..cewah bunyinya macam gah jer kan??... sebenarnya BB nie takla terlalu ektream dengan bola tapi kalau dah dengan pasukan yang ada kena mengena dengan diri kita takkan la kita tak nak sokong kan contohnya negeri kita sendiri....takkan lah kita nak buat de' jer bila diorang main....sekurang-kurangnya nak r jugak bagi sepatah dua sokongan......nie dah melalut nie....back to the real story...perlawanan petang tadi tu ialah Liga antara IPT dan untuk perlawanan nie main kat UTHM...lagi pun class mate BB adala sorang yang main rugi la kalau tak g tengok kan..apa gunanya kawan kalau tak support kawan sendiri...SORRY TO SAY perlawanan antara UTHM vs PKB a.k.a POLITEKNIK KOTA BHARU nie lah antara perlawanan bola sepak yang paling bosan dan paling kelakar pernah BB tengok!! mana tidaknya tak sampai 15 minit ada jer player yang cram...pastu yang lagi kelakar yang tukang pengusung tue dah macam bola plak!!!!!!! mana tidaknya kesana kemari duk bawak ker pengusung tue....memang diorang nie BB salute r sebab tabah menghadapi perlawanan nie.....kalau korang tak caya ce korang layan gambar nie
minit2 awal permainan
nampaknya tiada goll yang boleh disumbangkan di situ

eh! eh! anak saper plak nie
kan kena bola tak pasai2 tertonggeng plak

antara penonton yang hadir memberi sokongan

tak cukup di stadium tepi padang pun jadi laa..
tengokk ada pemain yang cram
ada lagi yang cram..
dua team nie macam berpakat plak erk!!!
mula2 team UTHM yang cram pastue team PKB...pastue kaw balik sampai la abis
kesian kat abang nie....
diaorang buat macam bola jer
subahanallah......
alangkah cantik dan indahnya ciptaan Allah
hah!!!! kesudahannya kedua-dua pasukan menemui jalan buntu dan mendapat telur ayam sorang satu (  0 la tue). yang kesiannya pasukan PKB la sebabnya dari jauh diorang datang 9 jam perjalanan tue dari Kota Bharu ke Batu Pahat nie....tapi nak buat camner dah memang adat permainan yang ada yang kalah dan ada yang menang...pape pun korang memang main ok la...jahat tol BB nie...kiranya korang beruntung la dapat rasmikan padang @ stadium baru UTHM nie... first team kot main kat UTHM...

madah berapi : adala sorang mamat nie warnakan kuku dia dengan warna hitam..apa kejadah dia buat cam tue..BB nie bukan la suka jaga tepi kain org tapi setahu BB la kan kalau orang islam yang warnakan kuku dia kalau mati sok2 kena koyak2 kan kuku dia tue....eeeee tkutnyer....wassalam..

Khamis, 17 Mac 2011

Bila BudaK-BudaK jadi buruh!!!!!!!!

Aduhh!!!!!!!!! letih siott!!!!...memang meletihkan bila buat keje binaan nie...tapi kadang2 BB ada gak terfikir camner la ayah BB duk kerja kat tengah panas nun buat umah....Adoi tak patut  betul la BB nie asyik nak merungut jer bila suruh buat keja2 binaan nie...padahal bukan suruh buat kat tengah panas pun!!!!!!!!! dah la buat "brick wall" jer tue pun tinggi nya cuma 6 bata jer....memang tak patut betul!!!!!!!!!
dah la tue BB bukannya buat pun cuma ambik "mortar" jer pastue ambik gambar....tu jer keja BB...asyik2 nak merungut....mesti korang tertanya2 kenapa plak BB nie jd buruh ari nie erk???
sebenarnya dr mnggu lepas lg dh ahli kumpulan BB dh jd buruh sbb nya almaklumlah BB kan ambik kursus bina membina (bangunan erk) jgn fikir yang bukan2 plak!!!...
nie ialah minggu kedua BB masuk Lab untuk menyelesaikan keje2 buat brick tue....nie adalah salah satu assgment project BB ngan kawan2 BB untuk sem nie dalam subjek Teknologi Binaan....
malas laa nak citer panjang sebab tangan nie masih keras lagi kesan daripada mortar tue...
korang layan gambar nie erk!!!!!!!!!!


Hehehe!!! nie saje je gambar selingan..cantik sangat awan dan langit ciptaan Allah nie kan
BudaK-BudaK suka sangat tengok awan dan langit
tenang jer jiwa nie


ok yer tuan-tuan dan puan-puan sebelum kita buat brick tue kita masuk kan mortar dalam "blender" tau
pastu kisar sampai sebati


yang memerhati lebih ramai drpd yang buat kejer
nie hah yang group BB punya....
nie baru first layer daaa..
kata amoi nie kita kena letak besi apa ntah supaya brick kita lebih kuat dan kukuh tau!!!!
my fellow friends
bersemangat sungguh en. fahmin nie...
BB rasa dh macam gaul tepung pun ada...
samakan tepung dengan mortar...haha
finally!!!!!!! siap jugak brick wall nie...
mggu depan tggu plaster je laa....
ahli2 kumpulan BB la niee...
tak adill asyik orang lain jer berposing..
BB pun nak....
walau pape pun korang semua memang best...minggu depan kita siap kan baki yang masih blum siap eh.....
tak sabar rasanya nak tgokk brick wall nie siap..malas dh nak bangunn pagi2 pegi lab...
sekian saja untuk ari nie.....BudaK-BudaK nak pegi bersiap untuk solat jumaat plak....assalamualaikum

madah berapi: kalau sapa2 nak buat umah dan sebagainya jgan suruh BudaK-Budak buat kan....bukan apa takut roboh jer umah korang tue....hahahah

Rabu, 16 Mac 2011

Apa kena dengan bandar Chernobly???

Setiap hari korang duk baca paper terutamanya part Gempa Bumi kat jepun mesti korang tertanya-tanya bila penulis tue duk sama kan pencemaran radiasi kat Jepun tue dgn Chernobly...Budak-BudaK pun timbul persoalan apa ke bendanya Chernobly tue???? 
Dahsyat sangat ker tragedi kat Chernobly tue sampai setiap berita mesti nak disamakan dgn nya????
hah!!!!!! belek punya belek maka Budak-BudaK pun terjumpalah dengan artikel nie yang menerang kan tentang peristiwa yang berlaku.....patut la BudaK-BudaK tak tau rupanya belum lahir lagi time nie......


 Chernobyl merupakan sebuah bandar yang ditinggalkan di utara Ukraine dalam provinsi Kiev, berdekatan sempadan Belarus. Majalah Time mengklasifikasikan bandar ini sebagai bandar ke-10 tercemar di dunia.

Udara bandar ini tercemar pada 26 April 1986 akibat kebocoran Loji Nuklear Chernobyl yang terletak 14.5 km di selatan. Pencemaran nuklearnya 100 kali ganda melebihi bom nuklear Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia II tahun 1945. Sekarang zon sekitar 19 km tidak berpenghuni lagi. Dari 1992-2004 terdapat 4000 kes kanser tiroid dikesan di negara RusiaUkraine dan Belarus. Ini adalah kejadian industri terbesar di dunia.
Loji Nuklear Chernobyl terletak di daerah Chernobyl tetapi pekerja tidak ditempatkan di sini. Semasa pembinaannya, bandar Prypiat menjadi kawasan kediaman pekerja.
Sungguhpun bandar ini kini sebahagian besarnya ditinggalkan, sejumlah kecil penduduk tinggal di dalam rumah yang ditanda dengan papan tanda menyatakan "Pemilik rumah ini tinggal di sini". Pekerja yang memantau dan anggota pengurus bagi Zon Pengasingan ditempatkan di bandar bagi jangka masa panjang. Sesiapa pun tidak dibenarkan berada di sana kecuali mereka. Sebelum ditinggalkan, bandar ini didiami oleh sekitar 55,000 penduduk.
Fail:View of Chernobyl taken from Pripyat.JPG
pemandangan Chernobly
Ni hah sedikit sejarah Chernobly
Chernobyl mula dicatat pada 1193 sebagai tempat pemburuan dan bangsal pembalak oleh Putera Rostislavich. Ia menjadi kampung diraja bagi pemerintah Lithuania pada abad ke-13. Bandar ini dianugerahkan sebagai fiefdom kepada Filon Kmita, kapten dalam kalvari di-Raja, pada 1566. Daerah yang mengandungi Chernobyl dipindahkan ke Kerajaan Poland pada 1569, dan kemudiannya diserap oleh Empayar Rusia pada 1793. Sebelum abad ke-20 Chernobyl diduduki oleh petani Ruthenian dan Poland, dan sejumlah besar masyarakat Yahudi.
Chernobyl mempunyai sejarah keagamaan yang kaya. Kaum Yahudi dibawa masuk oleh Filon Kmita semasa kempen koloni Poland, termasukHasidim termasuk juga Yahudi Ortodoks yang lain. Petani Ukraine Kristian Ortodoks Timur daerah ini kebanyakannya dipaksa oleh Rusia untuk menganut Katolik Greek selepas 1596, dan kembali ke Ortodoks Rusia hanya selepas penyatuan Ukraine dengan Rusia.
Gereja dan biara jurusan Dominican diasaskan pada 1626 oleh Lukasz Sapieha, pada kemuncak reformasi-balas (Counter-reformation). Terdapat sekumpulan Katolik Tua, yang menentang dekri Council of Trent. Biara Dominican diambil alih pada 1832, dan gereja Katolik Tua dibubarkan pada 1892.
Semenjak 1892, Chernobyl melalui turun naik. Pada 1898 Chernobyl mempunyai penduduk seramai 10,800, termasuk 7,200 Yahudi. SemasaPerang Dunia  kampung ini dijajah dan selepas itu melalui Perang Saudara antara Bolshevik dan Ukrainian. Semasa Perang Poland-Soviet 1919-1920, ia pada mulanya ditawan oleh Tentera Poland kemudian oleh kalvari Askar Merah. Semenjak 1921, ia dimasukkan kedalam SSR Ukraine.
Dalam tempoh 1929–33 Chernobyl banyak menderita akibat pembunuhan beramai-ramai semasa kempen pengumpulan Stalin, dan kebuluranHolodomor yang berikutnya. Masyarakat Poland Chernobyl dipindahkan ke Kazakhstan pada 1936 semasa Pencucian Sempadan (Frontier Clearances). Masyarakat Yahudi pupus semasa penjajahan Jerman 1941–44. Dua belas tahun berikutnya, kawasan ini dipilih sabagai tapak stesen nuklear pertama di Padang Rumput Ukraine.
Dengan keruntuhan Kesatuan Soviet pada 1991, Chernobyl menjadi sebahagian Ukraine, negara merdeka.
Fail:ChernobylMIR.jpg
Chernobyl seperti dilihat dari stesen angkasa Rusia Mir pada 1997
Malapetaka reaktor nuklear Chernobyl

Pada 26 April 1986, reaktor keempat Stesyen Janakuasa Nuklear Chernobyl, meledak pada 01:23 AM masa tempatan. Pekerja sedang melakukan ujian dengan sistem keselamatan reaktor ketika mana sistem keselamatan dikawal komputer dimatikan.
Masaalah timbul semasa ujian: Reaktor tidak menerima penyejuk yang mencukupi, membina terlalu banyak haba dalam teras, dan rod pengawal dikeluarkan sepenuhnya, kesemuanya menyumbang kepada operasi reaktor yang tidak stabil. Sistem komputer dibut semula gagal mengawal semula tindak balas. Apabila rod kawalan dimasukkan semula sebagai usaha mengawal semula reaktor tidak stabil, terdapat peningkatan tindak balas, disebabkan oleh reka bentuk reaktor RBMK dan rod kawalannya, dan tindak balas liar yang tidak terkawal bermula.
Reaktor menghasilkan sejumlah besar wap, akhirnya menyebabkan pembebasan wap/letupan, yang memusnahkan sebahagian reaktor. Selepas letupan, kebakaran grafit berlaku disebabkan suhu tinggi reaktor dan pendedahan grafit kepada oksigen. Puing beradioaktif tercampak beberapa batu, dan asap yang mengandungi pencemaran radioaktif dari kebakaran grafit sampai sejauh sehingga Belarus.
Kesemua penduduk kekal Chernobyl dan Zon Pengasingan dipindahkan kerana aras pencemaran radioaktif di kawasan tersebut telah menjadi tidak selamat. Susu tercemar dipersalahkan bagi penyakit kanak-kanak seluruh Eropah.
Bandar Chernobyl dan kawasan sekitarnya kini menjadi rumah kepada pakar sains nuklear, pegawai pengurus bagi Logi Kuasa Chernobyl, Pegawai Pemusnah, doktor, pakar kesihatan (physicists), dan yang terbanyak, pegawai kesihatan radiasi (radiation physicists). SungguhpunPripyat bersebelahan kekal tidak diurus, Chernobyl telah diubah suai dan kini merupakan rumah kepada 500 penghuni tetap, termasuk pelawat ke Zon Pengasingan yang tinggal di rumah tumpangan tempatan di luar bandar Chernobyl.
Fail:Chernobylreactor.jpg
reaktor nuklear di Chernobly
hah bila korang baca pasal artikel nie mesti korang dah faham kan kenapa penulis2 kat paper tue asyik samakan pencemaran radiasi kat jepun sekarang nie dengan yang berlaku di Chernobly....

Madah Berapi; dengar2 sebab utama orang jepun rendah2 disebabkan radiasi masa perang dunia II dulu....tak    pasti sama ad fakta @ auta..

Selasa, 15 Mac 2011

Happy Nyer!!!!!!!!!!



Assalamualaikum......lame dh rsernye aku tak post something dalam blog aku nie...almaklumlah malas dh satu hal ditambah plak dgn assigment yg terlampau smpai langsung tak de masa nak update blog...tapi pape pun aku nak kongsikan dgn u all kenapa aku happy sangat....aku happy sangat sebab ari jumaat baru nie dapat gakk ak mgnjejakkan kaki aku nie kat Kuala Terengganu yang tercinta....baru nie aku balik r sekejap hajat nyer memang r nak melepaskan rindu sebab dah lama tak balik wooo....bila tayar bas S.P Bumi tue menjejak ker pintu gerbang sempadan antara Pahang & Terengganu tue tetiba perasaan happy melingkari....fuh!!!!!! dahsyat.....
tujuan aku balik nie pun ada sebab lain gak iaitu aku sebanarnya nak g Kelantan sebab nak sambut menantu sepupu aku...happy sangat2 sebab ari tue ak n semua keluarga aku berkumpul untuk pg ke Kelantan...first time kami buat rombongan besar2 ran....nie hah ak tunjukkan sedikit gambar yang ak sempat ambik masa g Kelantan ari tuh...... 
nie kami rombongan sebelah perempuan  berenti kejap tuk stand by ke umah pengantin lelaki

rombongan kami berselawat sama2 sebelum sampai ke umah pengantin lelaki


masih lagi rombongan kami sekeluarga
aku, mok2 sedara, sepupu2, tok dan tokki & anok sedara aku
nie hah gambar akak & sepupu aku
nie masa kami kat bandar Kota Bharu
nie kat muzium di tengah2 bandar Kota Bharu
setelah penat akhirnya tersadai kat tepi jalan
berkumpul untuk balikk
nie masa perjalanan balik tue lalu la ikut nie...cantik plak dia buat cam nie erk!!!
sebenarnya aku bukanla nak g sangat ke Kelantan tue aku cuma nak lalu jer kat jalan sepanjang dari Kuala  Terengganu sampaila ke Kelantan..sebab orang kata jalan sepanjang laluan nie memang cantik sebab ada pantai....aku kalau bab2 pantai nie memang aku suka sangat kalau boleh setiap kali nampak pamtai aku nak berenti sebab nak amik gambar....tapi nak buat cam ner hajat aku tak sampai sebab rombongan nie lalu ikut dalam "hutang cerang"(hutan r tue maknanya)...sepanjang balik tue ak dh bad mood dah ngan family aku....dah la aku ingat nak makan sate Jabi yang diorang duk kata sedap sangat tue...entah bila lagi la aku boleh sampai ke laluan sepanjang Kuala Terengganu ke Kelantan tue,....hampa dan kecewa aku rasa masa tue sebab aku sanggup ponteng kelas ari isnin semata2 nak tngokk pantai....tp takpe la mungkin tak de rezeki kot.??
sampai ket sini je la erk aku nak sambung buat buku log untuk pengakap kejap...assalamualaikum.......



madah berapi; lain kali kalau pegi Kelantan laluan wajib ikut pantai.....kalau tak BudaK-BudaK nak mengamok.!!!