Duit untuk BudaK-BudaK

Kawan BudaK-BudaK

Khamis, 17 Februari 2011


Assalamualaikum dan Salam Jumaat 15 Rabiul awal 1432H buat semua Anak Jati Terengganu, tidak kira di mana jua anda berada...Sempena hari jumaat yang mulia Kita berbicara sedikit tentang hukum sembahyang Jumaat adalah Fardu ain, Firman Allah dalam surah Al Jumu'ah 62:9 Yang bermaksud " wahai orang yang beriman! apabila diserukan (azan)
 untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segerakanlah kamu pergi(masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli"

Hadith Nabi bermaksud :" Sesiapa yang meninggalkan 3 kali sembahyang Jumaat kerana mengambil ringan terhadapnya (sengaja), nescaya Allah akan menutupkan hatinya"..

Sembahyang Jumaat disyariatkan bagi menguatkan sifat sosial, menghimpunkan orang Islam supaya mereka dapat berkenal mesra antara mereka, melatih supaya taat dan berdisiplin, mengingatkan manusia Syariat Islamiyah yang menjadi perlembagaan, undang-undang dan panduan adab dan moral.

Perkara sunat berkaitan dengan hari Jumaat :
1 - Mandi dan memakai bau-bauan
2 - Pergi ke masjid awal dan berjalan kaki
3 - Bersihkan tubuh badan dan potong kuku, misai, bulu ari-ari, gosok gigi
4 - Membaca surah Al-kahf pada Jumaat dan malamnya
5 - Membanyakkan doa pada jumaat dan malamnya
6 - Membanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW

Semoga sedikit info ini memberi manfaat kepada semua.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan